Name:
Location: Pasir Ris, Singapore, Singapore

This blog is created to share, listen , discuss & comment views from friends all over the world. Please add comments to make this blog a success. Thank You

Wednesday, January 18, 2006

Tajuk: Bab 119

Sifat Panjangnya Gamis, Lobang Tangan Baju, Sarung, Ujung Sarban & Haramnya Melemberehkan sesuatu dari yang tersebut diatas kerana maksud kesombongan & kemakruhhanya jikalau kerana maksud sombong.

Rujukan: Riyadhus Shalihin - Imam Nawawi ms866 - 876

Tugasan

Ringkasan:
---------
A) Dari sudut persamaan diantara kedua hadis:-

Kedua-dua hadis menerangkan bahawa manusia yang melemberehkan / melabuhkan pakaian mereka ketanah dengan tujuan untuk menunjukkan kesombongan dan keangkohan tidak akan mendapat rahmat daripada Allah swt dihari kiamat kelak. Sifat sombong adalah sifat yang dikeji dari kaca-mata masyarakat. Sikap sedemikan mestilah dibasmi agar tidak mendatangkah kemudaratan kepada seseorang itu. Justeru itu, tidak akan mendatangkan faedah malah dosa kepada sesiapa yang bersifat sombong dan takabbur itu. Manusia tidak akan hidup untuk selama-lamanya dan pada suatu hari mereka pasti akan menghadapi maut & mengadap kehadrat Allah swt, maka bolehkah kesombongannya dapat membelanya diakhirat kelak? Jawapannya sudah tentu tidak sama sekali !!

Manusia tidak seharusnya lupa diri dan mesti sedar bahawa mereka dijadikan daripada air mani yang lemah lagi hina. Mereka tidak sepatutnya mempunyai sifat sombong kerana sifat-sifat sedemikian bukan sifat manusia sama sekali.

B) Dari sudut perbezaan diantara kedua hadis:

Hadis 788 menerangkan bahawa melabuhkan pakai seperti baju, sarung dan sarban yang menerangkan dengan lebih jelas jika dibandingkan hadis 789 hanya menyebut sarung sahaja.

C) Dari sudut Suruhan & Larangan:-

Suruhan:
Kedua-dua hadis menyuruh agar manusia tidak melerembehkan atau melabuhkan pakaian mereka dengan bertujuan menunjuk-nunjuk kesombongan mereka. Manusia disuruh untuk hidup bersederhana dengan tidak melampaui batas terhadap kelakuan mereka.

Oleh demikian, dapat kita perhatikan kebanyakan jemaah mukmin yang menyingsingkan seluar atau sarung mereka keparas atas dari buku lali mereka apabila menunaikan solat jemaah dimasjid. Ini menunjukkan bahawa mereka faham akan hadis ini dan mengikut apa yang disuruh. Mereka mengadap Allah dengan rasa rendah diri dan tawadduk dan jauh dari sifat meninggi diri.

Larangan:
Kedua-dua hadis ini juga melarang manusia daripada melabuhkan pakaian mereka daripada menjadi sombong dan bersifat angkuh. Sifat sombong akan menimbal balik kepada psikologi seseorang yang perasan bahawa mereka adalah yang terbaik , terbagus dalam serba serbi dan tercantik. Ini bukan sahaja merosakkan hati mereka bahkan boleh mendatangkan kebencian orang lain dan masyarakat umumnya. Manusia mudah lupa daratan bahawa Allah yang menjadikan hidup dan mati mereka untuk menguji siapa diantara mereka yang lebih baik amalan mereka. Seandainya amalan-amalan mereka itu hanya berlandaskan kepada sifat sombongan dan angkuh belaka maka rugilah mereka dihari penghisaban nanti.

Pengajaran yang diperolehi daripda kedua hadis ini:

1) Jangan bersikap sombong dan angkuh, mencaci maki dan merendah-rendahkan orang lain. Dianjurkan agar manusia hidup dengan bersederhana.

2) Jangan berpakaian cantik untuk tujuan supaya dipandang lebih hebat daripada orang lain.

3) Mengikat pakaian agar tidak melerembeh ketanah supaya dengan kebiasaan sedemikian dapat mengingatkan kita bahawa Allah sahajalah yang berkuasa diatas segala sesuatu dan manusia adalah hambaNya yang lemah dalam segala aspek. Manusia akan menempuh maut diesok hari mengadap Khaliknya, Tuhan semesta alam dan segala yang dilangit dan bumi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home